Thursday 19 September 2013

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat saya memulakan blog ini bagi memperkenalkan & membuat promosi bagi para bakal pengantin, pelanggan-pelanggan & peminat-peminat andaman. Semoga dengan adanya blog ini, dapat memudahkan lagi para pelanggan untuk melihat secara dekat koleksi dan hasil kerja kami. Sebarang komen amat dialu-alukan.

TEKNIK PERSOLEKAN

Dari seraut wajah yang biasa, pucat dan polos boleh berubah manis, memikat dan kelihatan anggun dengan teknik solekan yang betul. Bersolek dan berdandan memang tidak boleh dipisahkan dengan kaum hawa. Fitrah kaum hawa sentiasa mahu tampil dengan cantik, anggun dan menawan terutama pada hari persandingan mereka. Allah menjadikan muka hambanya dari berlainan wajah, bentuk dan raut. Ada yang berbentuk bulat atau panjang. Ada yang bermata kecil dan ada yang memiliki mata yang besar. Dengan teknik solekan yang betul serta jurusolek kami yang mempunyai pengalaman luas didalam bidang andaman mampu membuatkan muka yang bulat nampak panjang dan mata yang sepet nampak bulat. Kami di Jessica Bridal sentiasa berusaha dan ingin menjadikan impian anda satu kenyataan. Kami sentiasa faham kehendak pelanggan dan terus berusaha serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami dari masa ke semasa. 

PERKHIDMATAN KAMI:-

Pakej Lengkap Perkahwinan, Catering, Sewaan Pakaian & Pelamin, Gubahan, Pengantin Muslimah, Tempahan Baju Lelaki & Perempuan (Pakaian Harian dan Untuk Hari Raya), Uniform, Baju & Seluar Sekolah, Uniform Taska & Tadika, Kami Juga Megambil Tempahan Pulut Kuning Berserta Rendang Untuk Hantaran Pengantin dan Upacara Khatam AlQuran DLL.